Saturday 23 September 2017

mee bodo


assalamualaikum :)

aeh,jangan tekejut pulak bila baca title entry ni.okay nak dijadikan cerita hari khmis hari tu dari perak singgah kl dulu sebab ada hal sikit,then baru pergi melaka.okay pegi melaka sebab mama kita kena stay sana lima hari untuk tanda kertas upsr dan benda ni melibatkan satu malaysia.dah alang-alang ada dekat melaka apalah salahnya jalan-jalan sekejap dan lupakan pasal fyp sat..hahaa

hari jumaat pagi hari tu pikir-pikir nak makan apa the google terjumpa pasal mee bodo ni..sebenarnya dah taw dah pasal ni bila tengok kedai dia masuk majalah tiga so why not kita cuba kan dah alang-alang ada dekat melaka ;D




ni lah kedainya!kedainya kecik je..macam warung je camtu tapi memang ramai sangat orang..dekat situ sesak sikit sebab orang duk parking tepi jalan.nak order pun kena beratur.nak duduk pun kena tunggu meja kosong.time kitorang nak makan tu pun..baru nak start makan dah ada orang tunggu dekat meja kitorang..hahaa..nampak tak betapa ramai nya.bukan orang melayu je yang makan dekat situ..cina pun ada :)

kenapa mee bodo?

sebabnya mee yang digoreng tu tak de pape pun,just mee dengan tauge je tapi rasa dia boleh tahan..sedap jugak.mee tu dimakan dengan telur goreng sambal dan timun.kalau nak makan mee tu kena ambik timun banyak sikit sebab mee tu agak berminyak sikit tapi sedap la rasa dia..hehee





untuk harga pulak :

sepinggan mee : RM 1.50
telur goreng sambal : RM 1.00

harga nya murah..tak rugi untuk cuba.macam hari tu makan empat orang total termasuk air rm18 sahaja,siapa yang tak pernah try boleh la try makanan viral ni :)







1 comment: