Monday, 13 November 2017

hujung minggu di campus


assalamualaikum :)

tak taw la nak share apa dah ni.balik-balik share pasal buat fyp je.hahaa.disebabkan  nak membanyakkan entry dalam blog ni update jugakla walaupun entry boring ya amat.terima kasihla kalau sudi baca sampai habis.hihii

minggu lepas adalah minggu yang agak memenatkan la jugak. sebabnya minggu lepas seminggu direct datang campus sampai rasa stress gila,sebab penat T-T.dengan keadaan campus yang sejuk gila.kalau tak pakai sweater memang beku la duk dalam tu.

benda biasa kalau datang campus..render..render..render tak habis-habis



salah satu benda yang penting bila buat animation adalah acting,so bila nak gerakkan character tu kena ada refference movement dia jadi miza minta la tolong sorang lakokan apa yang nak animate tu..macam ni...


kita jadi director je suruh buat itu ini,dia tolong lakokan jeee..hahaa.sebab hujung minggu tak dela ramai orang kat campus.budak-budak animation je yang ada.semua tungkus lumus siapkan project masing-masing.due date adalah pada 28/11 nanti.dah tak lama sangat dah!dah nak habis degree dahhhh...tak saboooo >_<


masing-masing tengah settle kan pasal intern

tu jelah,have a nice day :)


Sunday, 29 October 2017

render~render~render~


assalamualaikum!

malam ni nak relax relax tengok blog,tengok blog orang lain lepas tu baru nak sambung sikit buat fyp (kalau rajin,hohoho)salah satu benda yang leceh nak buat 3d ni bila nak tunggu render bapak lama gila lahh!entry kali ni nak cerita pasal render jelah dan tolong jangan muntah bila baca.jadi disebabkan presentation yang ketiga akan berlangsung lagi dua minggu dan minggu depan terpaksa balik rumah atas sebab tertentu so memang kelam kabut sikit la nak render.


datang campus terus cari mana lab yang kosong lepas tu terus ambik semua pc nak render.seronok gila render bila tak de orang,hehee.tapi yang mencabar nya bila render banyak-banyak ni mesti ada yang silap dan dah kena banyak kali dah okayh T-T

1) render salah camera
2) ada part yang tak render sebab 1 scene kena bahagi banyak pc
3) terlupa off character punya bone (dah habis render baru perasan wei!)
4)tak perasan kening hilang,mulut senget,telinga tinggal sebelah,jari bengkok..hohohoo

jadi memang satu ujian nak render 3d ni,tak taw la bagi orang lain maybe okay je kot tapi kita selalu hadap benda-benda ni,cobaan~


semoga nurul mirza syazwina binti rohizat dapat selesaikan semester tujuh ini dengan baik dan dapat mengharungi semua cabaran.amin..hehee


Monday, 16 October 2017

kita dah 23!

assalamualaikum ❤

sebenarnya blog ni adalah satu medium yang bagus untuk kita tengok balik gambar-gambar dan kenangan-kenangan lama so sebab tula nak update entry besday kali ni supaya nanti boleh tengok balik dan boleh senyum sorang-sorang..hehee

jadi tahun ni besday jatuh hari ahad bersamaan 15/10/2017.kalau nak taw kawan u miza ada dua orang sama besday dengan miza,termasuk miza tiga la.kira ramai la tu kan..hahaa.dulu time sekolah pun ada kawan sama besday jugak dan satu kelas pulak tu.

tahun ni memang plan nak sambut dekat rumah,jadi sebabkan sem ni miza kelas isnin dengan selasa je so boleh balik dengan senang hati!malam tu cuma plan nak kelua makan je dengan sedara.biasala sambut besday makan-makan dengan family kan


makan dekat salah satu cafe dekat kuala kangsar.lepas tu cafe kan biasa kalau ada letak slice kek-kek kan so miza pun macam teringin la sebab pikir memang tak de kek pun.huhuuu..tapi dorang semua tak bagi miza ambik!masa tu sedih la sekejap,pikir dah la besday kita..orang nak kek pun tak bolehh..hahahah

lepas tuu...jeng jeng!



rupanya dah beli brownies kat kiteee!masa tu macam..oooo patotla tadi tak bagi beli kekk..tapi memang sedap brownies ni..dengan kacang tambah caramelnya..terangkat weh!malam tu semua seronok dan semua kenyang gila-gila.miza order spaghetti,lepas tu siap tolong habiskan chicken chop adik sedara lagik,mau nya tak kenyang gilaa malam tu,fuhh~

pagi isnin tadi balik kl dah...

lepas tu dapat lagi suprise dari kengkawan!


dapat satu box chocolate okehh,sayang nak makan >_<

alhamdulillah,syukur dikelilingi oleh orang-orang yang menghargai dan sayang kan kita dan miza pun sentiasa doa untuk orang-orang yang miza sayang supaya sentiasa dipermudahkan semuanya :)

kita dah 23!

have a nice day